Thursday 31 March 2016

Sentiasa Bersyukur =)

Assalamualaikum =)
 
"Semakin banyak kita bersyukur, Semakin banyak kebahagiaan yang kita dapat"

 

Alhamdullilah..sejak doorgiftnad'screative diperkenalkan rezeki dari Allah s.w.t tak pernah putus..kitaorang bersyukur dapat menolong bride to be preparekan doorgift untuk big day nanti..sebagai seorang yang berniaga, tugas kita juga adalah untuk membantu orang lain sebenarnya..contoh, kita berniaga doorgift dan bakal customer kita adalah bakal-bakal pengantin, parents yang nak buat majlis anak ataupun golongan koprat. Jadi secara tak sengaja kita boleh menolong mereka-mereka yang memerlukan perkhidmatan kita.
 
Kitaorang memang dah niat nak agih-agihkan apa yang kitaorang dapat kepada yang memerlukan jugak..kita berbisnes tak boleh la nak tamak..dah dapat lebih tapi tak nak keluarkan sikit pon kepada orang yang memerlukan..no no no..sikap macam tu kena diubah =) 
 
 
Minggu lepas balik kampung Terengganu, jadi memang dah niat nak bagi dekat golongan yang memerlukan dekat area rumah ma je. Ajak ma and husband beli barang-barang keperluan harian sebab kalau nak beli sorang-sorang memang tak larat la. manje betol kan, tapi alahhhh bukan selalu pon boleh manje-manje dengan mak yang jarang-jarang jumpa kan..hihi  
 
 
 Thank you awak sebab tolong bini awak yang manje ni..auwww. Dah siap-siap asing untuk 5 buah keluarga yang memang betul-betul memerlukan dan semua tu memang ma yang decide nak agih dekat sape. aku just ikut je, sebab jarang-jarang balik tak kenal orang kampung sangat la kan. hehe..
 
  Ni antara barang-barang yang setiap keluarga akan dapat, beras 10kg, gula pasir, minyak masak, tea uncang, bihun, kicap manis, sirap..apa ntah lagi lupe la haha..
Penuh satu bonet kereta..haha..Alhamdullilah..syukur sangat diberi rezeki untuk dikongsi dengan orang lain..syukur dan bukan niat nak menunjuk-nunjuk ke apa..ditulis kat blog doorgift sebab ni semua hasil dari duit bisnes doorgift ni jugak =). terima kasih kat korang jugak sebab tanpa korang maka takde la bisnes ni..secara tak lansung korang tolong mereka-mereka ni jugak =).
 
 
FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,    
 
 


No comments:

Post a Comment