Friday 11 March 2016

Perkahwinan & Ekonomi - Part 2

Assalamualaikum...=)
 
Okey! apa khabar semua..salam jumaat uolls..harap korang dah baca tips macam mana nak save budget untuk perkara yang PENTING dalam majlis perkahwinan yang sederhana (entry sebelum ni)..so, untuk entry part 2 ni nak bagi tips jugak..hihi..tapi korang nak ke ikut tips ni ye? (ikot yang mana korang rasa okay ye!)

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BUDGET PERKAHWINAN
 
1) CANDY BUFFET
 
 
Candy buffet ni korang rase berbaloi ke tak untuk majlis korang? Sebab ape akak cakap macam ni..sebab candy buffet sebenarnya untuk mencantikkan majlis sebagai dekorasi je..budak-budak kalau dah nampak ni memang takkan ke tempat lain..yang asyik ulang-alik ambik pon budak yang sama..lepas tu, kalau dah tak makan dibuang-buangkan aje..(haippp..biase dia ni!) =(

Budget untuk candy buffet pon memang mahal la..yela, banyak bahan-bahan yang nak kena ada untuk buat ianya nampak cantik..kalau tempah mahal, d.i.y pon mahal jugak..bagi akak tak perlu pon semua ni sebab tu semua memang pakai duit..haha

2) BRIDESMAID


Trend zaman sekarang ni, kahwin je semua nak ada bridesmaid..boleh.. kalau kos untuk sepasang baju dan tudung (if bertudung) disponser oleh bridesmaid itu sendiri..ni tak! bila call je kawan-kawan nanti mesti dorang cakap "baju untuk bridesmaid pengantin sediakan kan?" alamak!!! itu yang over kos tu..sudahnya, budget untuk kelengkapan lain tak cukup nanti..

3) MALAM BERINAI


malam berinai sekarang ni dah ada bermacam tema..tema bollywood, bali style, princess dan macam-macam tema lagi lah..kalau dulu malam berinai pakai kain batik..baju T-shirt pon okey je kan..sekarang kalau buat malam berinai, semua kawan-kawan nak berinai jugak..dah kena bayar charge inai untuk dorang jugak..jadi untuk cut cost better buat malam berinai untuk keluarga je..

4)_PHOTOBOOTH



photobooth ni pon memang trend sekarang la kan...ada yang d.i.y sendiri ada yang tempah untuk deco semua tu..tapi actually, tak perlu pon photobooth ni sebab nanti nak bergambar kenangan bersama pengantin kat pelamin pon boleh kan..nak buat ni kena ada 3-4 ratus jugak..yang mana boleh cut cost baik kita cut.

5) SILAT/TARIAN/KOMPANG


 
bayaran yang dikenakan, bila fikir balik tak berbaloi..contohnya bayaran untuk silat ni dalam 250 ke 3 ratus..lama ke bersilat tu? kejap je..tarian dan kompang pon sama..baik dengar cd lagu kahwin tu lagi ok..sampai petang layan lagu kahwin je..haha =)

6) EXCLUSIVE WEDDING CARD



exclusive card budget rm 2 ringgit la contohnya..bilangan tetamu yang akan hadir dalam 1k..total kos untuk wedding card sahaja dah 2k..tempah je yang pakej jimat tu..boleh dapat dalam 40 sen per card. total kos baru 4 ratus kan..jimat 1600!


Perkahwinan hanya sekali tapi jangan sampai membebankan diri untuk kegembiraan cuma sehari..perlu fikir kewangan selepas majlis nanti..

Sekian,









 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

No comments:

Post a Comment