Thursday 31 March 2016

Sentiasa Bersyukur =)

Assalamualaikum =)
 
"Semakin banyak kita bersyukur, Semakin banyak kebahagiaan yang kita dapat"

 

Alhamdullilah..sejak doorgiftnad'screative diperkenalkan rezeki dari Allah s.w.t tak pernah putus..kitaorang bersyukur dapat menolong bride to be preparekan doorgift untuk big day nanti..sebagai seorang yang berniaga, tugas kita juga adalah untuk membantu orang lain sebenarnya..contoh, kita berniaga doorgift dan bakal customer kita adalah bakal-bakal pengantin, parents yang nak buat majlis anak ataupun golongan koprat. Jadi secara tak sengaja kita boleh menolong mereka-mereka yang memerlukan perkhidmatan kita.
 
Kitaorang memang dah niat nak agih-agihkan apa yang kitaorang dapat kepada yang memerlukan jugak..kita berbisnes tak boleh la nak tamak..dah dapat lebih tapi tak nak keluarkan sikit pon kepada orang yang memerlukan..no no no..sikap macam tu kena diubah =) 
 
 
Minggu lepas balik kampung Terengganu, jadi memang dah niat nak bagi dekat golongan yang memerlukan dekat area rumah ma je. Ajak ma and husband beli barang-barang keperluan harian sebab kalau nak beli sorang-sorang memang tak larat la. manje betol kan, tapi alahhhh bukan selalu pon boleh manje-manje dengan mak yang jarang-jarang jumpa kan..hihi  
 
 
 Thank you awak sebab tolong bini awak yang manje ni..auwww. Dah siap-siap asing untuk 5 buah keluarga yang memang betul-betul memerlukan dan semua tu memang ma yang decide nak agih dekat sape. aku just ikut je, sebab jarang-jarang balik tak kenal orang kampung sangat la kan. hehe..
 
  Ni antara barang-barang yang setiap keluarga akan dapat, beras 10kg, gula pasir, minyak masak, tea uncang, bihun, kicap manis, sirap..apa ntah lagi lupe la haha..
Penuh satu bonet kereta..haha..Alhamdullilah..syukur sangat diberi rezeki untuk dikongsi dengan orang lain..syukur dan bukan niat nak menunjuk-nunjuk ke apa..ditulis kat blog doorgift sebab ni semua hasil dari duit bisnes doorgift ni jugak =). terima kasih kat korang jugak sebab tanpa korang maka takde la bisnes ni..secara tak lansung korang tolong mereka-mereka ni jugak =).
 
 
FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,    
 
 


Wednesday 23 March 2016

New Design, New Look & New Package

Assalamualaikum,
Haritu pembekal ada call cakap " I dah nak balik ke Negara asal, you boleh deal dengan kawan I yang still ada kat sini ye.." sedih la jugak sebab dah biasa ambik dengan pembekal yang sama kan..tetiba je kena deal dengan orang lain pulak..ntah macam mana la nanti..(nanges hakak tepi bucu katil).
 
Pagi-pagi lagi dah otw nak jumpa pembekal yang baru..Dah jumpa new pembekal handtowel ni tup-tup dia sangat ok..sengih je sepanjang hari tau..dia suggestkan supaya kitaorang change towel..sebelum ni memang ambil yang plain je..so dia tunjuk handtowel yang ada emboss, cantik sangat ok..kitaorang bincang dan decide tukar dari plain ke emboss..
 
 
Warna-warna soft macam ni, bila tengok sejuk je mata kan..hihi bila kitaorang tengok, sentuh je kain towel ni terus teruja tau..sebab memang best sangat quality kain dia dah la cantik emboss square2 tu..so, untuk masa ni kitaorang ambik yang 6 color soft ni dulu..nanti kalau ada color2 yang best akan dipertimbangkan..
 
 
 
 
Bukan mudah ya nak dapatkan doorgift yang cantik, manfaat dan yang murah =) tapi dengan doorgiftnad'screative insyaAllah, semuanya berbaloi untuk anda hadiahkan kepada tetamu nanti..
 
FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,   
 
 

Tuesday 22 March 2016

Order from Orang Brunei


Assalamualaikum =)
 
Rasa terharu sangat bila orang mula mempercayai hasil kerja kita..Alhamdullilah..setiap hari kena ada peningkatan dari segi idea..bukan mudah ya otak ni nak proses idea-idea yang booom! terima kasih kepada orang-orang Brunei yang dah order doorgift dari kami..lagi terharu bila korang siap whatsapp barang dah sampai..yeahhhh =)

 
Customer ni, dia punya date wedding tahun depan okey 2017..tapi hujung tahun 2015 dia dah order untuk preparation awal dan untuk mengelak kenaikan harga pada masa akan datang katanya..hihi
tak kisah sebenarnya nak prepare awal-awal sebab handtowel ni sangat tahan lama jangka hayatnya =)
 

 


Kalau orang Brunei order memang kitaorang suggest untuk postage dalam Malaysia je =) ni salah satu cara nak save budget postage sebenarnya, tak kisah nak pos ke Limbang ke..Miri ke..asalkan dekat dengan area korang..(hakak ok je memane pon boley)
 

Customer yang comel ni pulak sanggup turun KL..memang datang KL nak shopping barang2 for engagement..dah datang KL tu kan, stay pulak dekat je dengan area rumah kitaorang jadi malam tu jumpa untuk bagi doorgift ni..kitaorang suggestkn kalau kotak2 ni lebih baik Diy sendiri..nanti pos takot rosak dan condition tak ok..hakak jugak yg disalahkan nanti..=( . Tetiba dapat whatsapp picture ni..pandainya Diy sendiri, siap tambah gula2 dalam kotak tu..

 
Kitaorang just bagi kotak, reben, handtowel & tq tag..yang selebihnya kalau nak add on dalam kotak tu boleh sangat sebab kotak tu pon saiznya besar. Ikot kreativiti masing2 nak macam mana.
 
 
 
Picture engagement customer dari Brunei =) spotted Doorgiftnad'screative disitu..hihi..Thank you orang2 Brunei..korang memang senang nak deal & memang awesome lahh..big hug =)


FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Thursday 17 March 2016

Bulan yang busy

Assalamualaikum..

Hai korang.. rindu korang! nak buat macam mana..lama tak update blog..bukan apa..bulan ni adalah bulan yang paling busy..banyak order masuk sebab musim orang kahwin adalah musim cuti sekolah..dulu time nak kahwin pun mak ayah sibuk pilihkan tarikh cuti sekolah untuk majlis aku..dorang cakap nanti senang sedara-mara nak datang wedding, sebab anak-anak semua cuti sekolah..so, aku terpaksa lah ikut kata sepakat..(dalam hati..pasrah jelaaa)


Tuan blog with husband..hihi
Kitaorang berdua buat bisnes doorgift handtowel ni as part time je..sebab kitaorang kerja makan gaji full time..so balik je kerja, siapkan apa yang patut dulu..then, malamnya kalau rasa ada energy lagi baru buat doorgift..kalau penat sangat takdenya nak paksa diri..kadang tu weekend baru kitaorang all out..(sambil-sambil tu dating..haha)


Qc dulu sebelum packing if ada customer yang order untuk handtowel sahaja..check if ada defect ke apa kan..sebab kitaorang punya doorgift tagline "Quality First" gituuuu..haha

Dalam setiap bulan kena ade target berapa pieces boleh siapkan tolak cuti semua tu..(takkan kerja je takde cuti untuk tuan belog kan..haha). Sebulan target dalam 5k pcs paling-paling banyak pon..kalau lebih takde dah nak ambik order ye..as mention kitaorang pon ade komitmen lain..


Order untuk bulan march meriah betul sampai satu rumah tu dipenuhi kotak-kotak dan guni-guni handtowel ni..bukan mengeluh, cuma terlalu happy dengan sambutan dari korang bride to be ni..thank you korang support doorgift yang bermanfaat untuk tetamu ni..hihi (hug sikit!)

Jadi korang yang masih tercari-cari doorgift untuk sebarang majlis, boleh survey-survey doorgift dari kami..InsyaAllah..kami buat yang terbaik untuk korang..



FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,








Friday 11 March 2016

Perkahwinan & Ekonomi - Part 2

Assalamualaikum...=)
 
Okey! apa khabar semua..salam jumaat uolls..harap korang dah baca tips macam mana nak save budget untuk perkara yang PENTING dalam majlis perkahwinan yang sederhana (entry sebelum ni)..so, untuk entry part 2 ni nak bagi tips jugak..hihi..tapi korang nak ke ikut tips ni ye? (ikot yang mana korang rasa okay ye!)

TIPS UNTUK MENGURANGKAN BUDGET PERKAHWINAN
 
1) CANDY BUFFET
 
 
Candy buffet ni korang rase berbaloi ke tak untuk majlis korang? Sebab ape akak cakap macam ni..sebab candy buffet sebenarnya untuk mencantikkan majlis sebagai dekorasi je..budak-budak kalau dah nampak ni memang takkan ke tempat lain..yang asyik ulang-alik ambik pon budak yang sama..lepas tu, kalau dah tak makan dibuang-buangkan aje..(haippp..biase dia ni!) =(

Budget untuk candy buffet pon memang mahal la..yela, banyak bahan-bahan yang nak kena ada untuk buat ianya nampak cantik..kalau tempah mahal, d.i.y pon mahal jugak..bagi akak tak perlu pon semua ni sebab tu semua memang pakai duit..haha

2) BRIDESMAID


Trend zaman sekarang ni, kahwin je semua nak ada bridesmaid..boleh.. kalau kos untuk sepasang baju dan tudung (if bertudung) disponser oleh bridesmaid itu sendiri..ni tak! bila call je kawan-kawan nanti mesti dorang cakap "baju untuk bridesmaid pengantin sediakan kan?" alamak!!! itu yang over kos tu..sudahnya, budget untuk kelengkapan lain tak cukup nanti..

3) MALAM BERINAI


malam berinai sekarang ni dah ada bermacam tema..tema bollywood, bali style, princess dan macam-macam tema lagi lah..kalau dulu malam berinai pakai kain batik..baju T-shirt pon okey je kan..sekarang kalau buat malam berinai, semua kawan-kawan nak berinai jugak..dah kena bayar charge inai untuk dorang jugak..jadi untuk cut cost better buat malam berinai untuk keluarga je..

4)_PHOTOBOOTH



photobooth ni pon memang trend sekarang la kan...ada yang d.i.y sendiri ada yang tempah untuk deco semua tu..tapi actually, tak perlu pon photobooth ni sebab nanti nak bergambar kenangan bersama pengantin kat pelamin pon boleh kan..nak buat ni kena ada 3-4 ratus jugak..yang mana boleh cut cost baik kita cut.

5) SILAT/TARIAN/KOMPANG


 
bayaran yang dikenakan, bila fikir balik tak berbaloi..contohnya bayaran untuk silat ni dalam 250 ke 3 ratus..lama ke bersilat tu? kejap je..tarian dan kompang pon sama..baik dengar cd lagu kahwin tu lagi ok..sampai petang layan lagu kahwin je..haha =)

6) EXCLUSIVE WEDDING CARD



exclusive card budget rm 2 ringgit la contohnya..bilangan tetamu yang akan hadir dalam 1k..total kos untuk wedding card sahaja dah 2k..tempah je yang pakej jimat tu..boleh dapat dalam 40 sen per card. total kos baru 4 ratus kan..jimat 1600!


Perkahwinan hanya sekali tapi jangan sampai membebankan diri untuk kegembiraan cuma sehari..perlu fikir kewangan selepas majlis nanti..

Sekian,









 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Wednesday 2 March 2016

Pakej Doorgift Jimat - Part 4

Assalamualaikum..
 
Apa khabar semua bakal-bakal pengantin? sihat ke idok? hihi..jangan la stress sangat muka tu..risau ye banyak benda tak settle lagi? takpe-takpe..tarik nafas dulu..fuhhhh~

Apa yang tak settle lagi tu? laaa..stress-stress tu sebab tak tahu nak bagi doorgift ape ke kat tetamu..ingatkan apa je tadi..dah meh tengok kat bawah ni, sebab banyak pilihan pakej doorgift yang akak nak closeup nih..hihi.. 

Pakej kod k16 ni, pakej paling hot seller boleh dikatakan  ye..sebab dalam masa setahun lebih akak kira-kira, pakej yang ni paling ramai orang minat dan order..(tepuk tangan cepat!). mana tak nya..tengok lah design k16 ni boleh cair kott..simple tapi dalam masa yang sama nampak kemas..dihiasi dengan button yang mix colour dan diikat kemas bersama ribbon yang boleh dipilih warna oleh customer yang order..menarik kan?
 

 
Kod k16 + tag ni, same like kod k16..just add tag tu je..tag tu bersaiz 4cm and design korang boleh pilih sendiri mengikut idea yang korang ada..boleh draft dulu lepas tu bagi akak tengok..if ok, boleh buat akak buatkan apa yang korang nak..best kannnn..=)
 
 
Picture kat bawah ni pulak, Pakej K17- Pakej K20 using paperbag color..korang boleh tengok apa je yang berbeza antara kod-kod tu..zass jom tengok picture kat bawah ni satu per satu..(senang keje hakak tau) haha..
 
(handtowel + paperbag + dolly paper + ribbon)
 
(handtowel + paperbag + dolly paper + tq tag + tali + ribbon)
 
(handtowel + paperbag + dolly paper + tq tag + tali)
 
(handtowel + paperbag + dolly paper + tali + ribbon)
 
 
Yang latest now ni design pocket box ni..simple but nampak ciri-ciri exclusivenya tersendiri..pocket box ni pelbagai warna yang akak ada ye..boleh kalau nak ikut tema warna majlis korang..corak pon ada pelbagai jugak..tapi yang ni design corak korang tak boleh nak suruh akak custome made..kalau nak yang custom made kos agak tinggi..but its up to uolls lah..haha if ada budget lebih apa salahnya nak kebabommm kan..(haipp..jangan hasut!)
 
 
 
kalau yang tadi tu latest..yang ni terpaling latest okayyy..tak nak cerita banyak..korang tengok pon dah boleh nampak exclusivenya box ni kan..reben untuk design ni 3D..sebab tu nampak mewah, ditambah dengan warna gold lagi kann..kalau nak bagi macam ni je dekat tetamu nanti tanpa memerlukan paperbag pon okey sangat-sangat..dah jimat kat situ, dan balance budget untuk doorgift dah boleh dibawa untuk preparation yang lain..
 
kat sini akak nak nasihat uolls sikit..apa-apa pon doorgift yang uolls nak bagi kat tetamu yang datang majlis uolls nanti, biarlah ianya membawa manfaat..jangan la membazir..fikir baik-baik sebelum bagi apa-apa kat tetamu..takot last-last nanti ke tong sampah jugak kan..ok la itu je nak bagitau uolss..
 
 

FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,