Tuesday 23 February 2016

Perkahwinan & Ekonomi

Assalamualaikum semua..
 
Amboi tajuk bukan main lagi kannn...hihi..dengar pon dah seram sejuk..tapi betul ye korang..sekarang ni semua benda dah naik harga..bukan setakat barangan keperluan je, tapi harga untuk sebarang service pon dah naik..fuhh! (lap peluh jap). sekarang ni, orang dah pandai main harga..contohnya, jumlah wang hantaran kepada pihak perempuan mengikut taraf pendidikan..tu belum lagi barang-barang hantaran, photographer, sewa dewan, sewa pelamin, sewa baju, sewa canopy, catering makan & etc..nak tak nak sekarang ni kena ada rm35k baru boleh kahwin..


Jadi, bride to be kat luar tu silalah menabung dari sekarang ye..kalau nak beli barang tu fikir dulu 10 kali..beli yang mana perlu je, jangan ikut nafsu sangat..nanti last-last duit tak tahu mengalir ke mana..orang cakap utamakan keperluan dari kemahuan..gituuu.

Actually korang boleh save budget kalau korang pandai merancang yang mana part-part yang penting je keluarkan duit..so, jom la tengok list yang mana kategori penting untuk majlis yang sederhana..

1) Makanan - budget betul-betul berapa ramai yang ingin dijemput. pilih makanan yang budgetnya sederhana.


2) Persalinan - 2 persalinan sudah memadai..1 untuk akad nikah, lagi 1 untuk resepsi..untuk outdoor boleh pakai baju yang sama.

 
3) Pelamin - pilihan pelamin yang simple, tak banyak guna panel..jangan guna fresh flowers..


4) Canopy/dewan - cari yang dah pakej sekali dengan kerusi, meja makan..


5) Kad kahwin - pilih yang menawarkan pakej kad kahwin..nanti sume dapat..jimat!

 
6) Doorgift - yang boleh memberi manfaat dan harganya haruslah berbaloi..(handtowel kitaorang pun okey!)

 
7) Photographer


9) Barang Hantaran - bagi hantaran yang boleh digunakan selepas majlis kahwin..(lepas kahwin duit banyak habis, sure! tak dapat beli yang baru punya lah)


Itu ajelah yang kitaorang cadangkan kat korang..less is more! Niat hanyalah untuk berkongsi tips mengurangkan kos semasa wedding dengan mengambil kira ekonomi yang mencabar sekarang..Inshaallah...kehidupan selepas kahwin lagi penting..gud luck korangs for your big day nanti =)


p/s:Jangan lupa untuk like & follow fb/ig doorgiftnad'screative kitaorang untuk doorgift murah =) TQ

sekian,




No comments:

Post a Comment