Assalamualaikum =)
Checklist 6 Bulan sebelum tarikh perkahwinan:
1. Daftar kursus Pra-perkahwinan.
Perkara pertama yang perlu korang lakukan..Kursus Pra-Perkahwinan diwajibkan kepada setiap individu yang belum pernah berkahwin.
2. Tetapkan tarikh (nikah & sanding).
Tarikh bagi majlis perkahwinan seelok-eloknya dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak..bila dah ada tarikh yang tetap, senang nanti nak isi borang atau nak budget masa untuk persiapan/booking kelengkapan majlis..
3. Mengisi Borang Permohonan Untuk Kebenaran Berkahwin dan dokumen berkaitan.
Korang boleh dapatkan borang-borang dari jabatan agama islam yang terdekat dengan tempat korang..tak silap aku borang-borang ni kena siapkan 3 bulan sebelum tarikh nikah..
4. Medical check-up (HIV) test .
Sekarang ni HIV test wajib kena buat ye..kerajaan dah tetapkan syarat nak kahwin memang kena buat HIV test ni, tak boleh sesuka hati je nak skip ke apa..result nanti kementerian kesihatan Malaysia akan keluarkan..kita kena submit masa hantar borang-borang kahwin tu nanti..
5. Tentukan tema majlis kahwin (nikah/reseption)Tema ni ikut korang la nak ikut ke tak..tapi zaman sekarang ni, kalau pergi mana-mana wedding mesti bertema-tema bagai..kalau boleh kena ada persetujuaan kedua-dua belah pihak jugak..kan tetiba pakai baju tersama temanya plak..hihi
6. Beli barangan hantaran.
Bab ni kena bijak sikit ye..korang beli la barang-barang hantaran ni time sale..memang jimat kalau pandai merancang dengan pasangan..kalau boleh beli barang yang penting dan boleh digunakan selepas majlis nanti..jangan la nak demand sangat kan..keperluan selepas kahwin lagi penting..
7. Doorgift untuk tetamu
Doorgift ni bagi sesetengah orang dianggap tidak penting..tapi kalau boleh bagi la sebagai tanda penghargaan sudi meraikan hari istimewa kita kan..cari doorgift yang sesuai dan mendatangkan kebaikkan kepada tetamu.(kalau nak bagi handtowel boleh order dengan kite yer..haha)
8. Gubah barang hantaran.
Actually barang hantaran ni gubah sendiri lagi jimat..dah save budget dekat sini kan..
Tempah juru nikah setelah kita menghantar segala borang-borang tadi..tempeh sebulan sebelum tarikh majlis untuk mengelak daripada sebarang masalah kemudian hari..
10. Bilangan tetamu yang hadir.
Keluarga haruslah memainkan perana yang penting dalam menentukan bilangan tetamu yang akan dijemput semasa hari majlis nanti..penting ye untuk budget makanan, doorgift, kad kahwin..taknak lah nanti tak cukup atau membazir plak kan..
11. Tempah kad kahwin.
Selepas borang-borang dah submit, means tarikh kahwin tu dah ada..jadi dah boleh tempah kad kahwin..kalau nak D.I.Y sendiri pon lagi jimat..kalau nak tempah buat la untuk kedua-dua belah pihak, jimat sikit sebab lagi banyak kita order lagi jimat sebenarnya..kalu pandai cari kedai kad boleh dapat banting/signage free lagi tau..
12. Tempah pelamin/jurumekup/baju pengantin/photographer
Senang kalau korang terus cari yang pakej terus..tak susah nak kena tempah itu tempah ini..last2 dah full booking plak..jadi senang cari yang pakej terus..
13. Tempah kanopi khemah, kerusi dan meja, catering makan
Bab-bab ni kena guna kepakaran orang tua kita..sebab dorang lagi tau apa jenis makanan yang nak di serve kepada tetamu..lagipon yang datang majlis nanti ramai kawan-kawan dorang jugak kan..
No comments:
Post a Comment