Wednesday 15 June 2016

3 Slot Order Available untuk bulan 8 dan 9

Assalamualaikum semua..
 
Sebelum ni doorgiftnad'screative ada announce yang last submit order 6 June kan..tapi lepas je tarikh tu masih ramai yang WhatsApp kami untuk order..that's good news sebenarnya kan.. sebab ada jugak orang nak order..tapi disebabkan kekangan masa dan al-maklum la kan bulan puasa, kami slowkan sikit untuk memberi ruang kami mendekatkan diri pada Allah s.w.t. =)
 
tapi disebabkan ada yang masih mengharapkan kami menerima order, so kami buka 3 slot SAHAJA lagi untuk order bulan 8 dan 9. kami memohon maaf jika yang lambat order tu memang kami tak boleh nak mengalah dah ye..hihi..(konsep siapa cepat dia dapat)
 
Jadi kepada sesiapa yang nak kami buatkan doorgift untuk  dia punya big day, cepat!!jangan lepaskan peluang yang kami buka ni..jangan nanti WhatsApp cakap tak sempat la kak..baru tengok fb,ig,blog akak ni haa..sorry dik lambat tinggal haha =)
 
muka separuh tuan punya blog
 

Wednesday 8 June 2016

Pakej Doorgift SuperJimat - Part 1

Assalamualaikum =)
 
Untuk pengetahuan semua, doorgiftnad'screative ada menawarkan pakej superjimat jugak tau..Harga bermula dengan RM0.60 sehingga RM1.00 sahaja. kenapa kami buat pakej macam ni? mudah je jawapan dia, sebab tak semua bride to be sanggup berhabis untuk doorgift. Cukuplah sekadar yang termampu =).
 
Keikhlasan si pemberi tu penting sebenarnya. walaupun sebiji gula-gula yang mampu diberi, asalkan ikhlas untuk meraikan tetamu yang hadir itu dah mencukupi. Tak semua mampu untuk berbelanja besar, dan kita harus sedar dengan ekonomi sekarang yang serba mencabar. Ini kan pula yang duduk di tengah-tengah kota Kuala Lumpur, dan kami amat memahami dengan situasi seperti itu. (dulu kami pon pernah rasa sama macam anda jugak) haha!
 
Maka, kami buat pakej superjimat ni untuk menolong bride to be diluar sana untuk mampu memberi hadiah sebagai tanda terima kasih kepada tetamu yang datang meraikan majlis anda. Tapi jangan la pulak bila kita buat pakej superjimat ni anda nak compare kan dengan kualiti yang sebagus pakej exclusive. Tapi tidak bermaksud pakej yang ditawarkan tidak bagus ye sayang..
 
Untuk permulaan kami mengeluarkan 3 pakej superjimat. Pakej berkod S ni memang sangat berbaloi-baloi untuk diberikan kepada tetamu yang datang majlis anda nanti. Jommm..kita tengok picture pakej ni dulu lah ye. nanti asyik membebel jeee sampai sudah picture takde. hihi
 
 
Kod S1: Handtowel bersaiz 20x20cm bersama uncang pelbagai warna yang menarik. boleh request color apa untuk towel dan uncang tu ye..

  
 Kod S2: Handtowel bersaiz 20x20cm bersama paper bag pelbagai corak dan warna serta ditambah dengan dolly paper..menarik kan? nanti boleh la korang letak gula-gula atau snek untuk tambahan dalam paper bag tu kan..

 
Kod S3: Handtowel bersaiz 20x20cm bersama plastic wrap dan dolly paper sebagai tambahan nya..simple but nice..

Oleh itu jom lah order dengan akak ye..murah-murah je untuk pakej super jimat ni..dah boleh buat orang yang hadir ke majlis anda happy =) 
 
  
FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,  
 

Tuesday 31 May 2016

Announcement : Last Order Date

Assalammualaikum ..
 
Announcement! Announcement! akak nak bagitahu ni last date submit order untuk slot pada bulan July, August & September ialah pada 6 June 2016. Ini kerana bulan puasa nanti boleh la akak tumpu kepada family dan terawih..InsyaAllah =)
 
Untuk yang dah order tu, akak just buat pengeposan aje pada bulan puasa nanti ye..(betul ke bm akak tu uolls) haha.. Thank you for your endless support. yang repeat order pun ada.. akak happy boleh bantu korang secara tak langsung..hihi
 
InsyaAllah sekarang akak dalam perancangan untuk mengeluarkan doorgift yang best..doakan akak ye =)
 
 
 
 


Thursday 26 May 2016

Review Feedback Customer Malaysia

Assalamualaikum =)
Ikhlas dari hati kitaorang, nak ucap ribuan terima kasih kepada korang yang support bisnes kecik kami ni..sob sob! Ada yang tanya ok ke service yang kami bagi? kalau whatsapp cepat ke reply? kalau ajak jumpa nak tengok sample handtowel, nak ke jumpa? kekwat tak akak yang jual ni? fuhhh..macam-macam lagi soalan yang bermain di fikiran korang kan..huhu
Alaa..kitaorang ni tersangat la sempoi..sebab kitaorang pon kalau nak berurusan dengan orang lain tak suka jugak kalau orang tu tersangat la kekwat. rasa meminta-minta sangat penumbuknya kan..haha..berani ke? cakap jela..buat tak berani pon.
Selama berurusan dengan customer-customer takda lagi yang kitaorang maki hamun..ish tak baik tau! customer is always right..layankan ajee soalan-soalan yang diajukan, walaupon kadang-kadang soalannya tak masuk akal, tapi layankan ajer..
Ni antara feedback customer-customer kitaorang from Malaysia dari pelbagai negeri..cewaaahh! Alhamdullilah..
 




 


 
 
Doorgiftnadscreative dah merentasi pelbagai negeri seperti Kelantan, Terengganu, Selangor, Melaka, KL, Johor, Perak, Sarawak dan Sabah. Jadi, negeri yang takda dalam senarai tu bila lagi nak order? hihi..gurau jeee..Alhamdullilah sebab tak sangka mula-mula suka-suka je as part time buat doorgift ni =). Terima kasih kepada anda-anda semua yang sudi order dengan kitaorang. Sayang korang tau =)
 
 
 
FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,    
 
 
 

Wednesday 11 May 2016

Diberi betis hendak paha

Assalamualaikum semua =)
 
Korang pernah dengar tak peribahasa ni? Diberi betis hendak paha. Tajuk blog ni sedikit 'deep' sebab akak nak luahkan perasaan macam mana perasaan seorang penjual bila berdepan dengan orang yang macam ni. Sebelum ada yang tanya apa maksud peribahasa ni, akak dah siap google sebab nak bagi korang lagi faham =)

Peribahasa

Diberi betis hendak paha

Takrif

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah)

Bila kita niat berniaga nak tolong orang, macam lain pulak jadinya. takpe, pasrah.(krik krik) okey macam ni ceritanya, seorang customer akak ni nak order handtowel sahaja dalam 150pcs kuantiti tapi punya la banyak nak free. postage nak free, lepas tu mintak diskaun, dah bagi diskaun tanya pulak ada free gift ke tak? adoiii...sakit kepala kot layan customer macam ni. bukan kita taknak bagi, tapi bila order kuantiti yang sikit berape je untung kita dapat. nak bagi free postage, free gift lagi dimintaknya. last-last kira balik memang rugi ada la..pos bukan main nak pos laju sebab nak cepat. mati makkkk..
 
sekian,
 





 

Friday 29 April 2016

D.I.Y (Do It Yourself) Doorgift

Assalamualaikum..
 
Sekarang semua bride to be dah pandai buat budget untuk hari bahagia mereka kan..yang mana boleh jimat mereka jimat. sama macam kalau nak buat doorgift, memang boleh jimat kalau Diy sendiri je. cuma antara rajin dan malas je kan..kan..kann??
 
Bagi mereka yang rajin, kitaorang ada jugak menawarkan pakej Diy ni untuk korang buat sendiri dengan hanya membeli raw material dari kitaorang. Contoh, korang just beli handtowel, reben, kotak dan kitaorang akan bagi harga murah sikit dari beli yang pakej dah siap tu. Pakej Diy memang takkan ada dalam pakej yang dah siap. Contoh, pakej Diy kod D1, tapi pakej D1 ni tak ada dalam pakej superjimat, jimat mahupun exclusive. so sape nak design pakej yang macam Diy memang kena buat sendiri la.
 
Alaa..bukan susah pon kan..nanti dah dekat tarikh wedding tu mintak tolong je dengan saudara-mara yang datang..haa..tengah duk pot pet pot pet..gossip-gossip sikit dah siap Diy doorgiftnya. wowww..memang idea yang sangat bagus mintak tolong tu..haha!

So, ini adalah antara pakej Diy (Kod D) yang kami tawarkan kepada anda semua. 

i. Handtowel bersaiz 12x12 inch @ 30x30cm
ii. kotak exclusive

transparent flora + reben + handtowel

round box + tali + handtowel

emboss box + reben + handtowel

Tepuk poket, Tanya budgetnya..hahaha..kalau nak save memang diy laaa kan. ikot suka asalkan korang gembira di hari bigday korang nanti.

FB:DoorgiFtNad'SCreatiVe
IG:doorgiftnadscreative
 
Sekian,    






 

Friday 22 April 2016

Minggu Sotong Kurita

Assalamualaikum dan Salam Jumaat =)

Akak mintak maaf, memang tak sempat nak update blog..Sekarang memang tengah busy sebab last minit order pun kitaorang terpaksa ambik..tak boleh la bila customer merayu-rayu nak selitkan order ni..rasa bersalah dan kesian bila keaadaan macam tu.. Jadi akak gigih kena siapkan order kilat tu.

Akak ada mention kalau nak order memang kena 2 bulan awal dari tarikh wedding. Tapi bila customer bagi alasan, alaaa...kak, saya baru je follow page akak kat instagram atau baru je like page akak kat facebook macam mana saya nak order awal kak..speechless akak dik..suka tau buat akak rasa tersentuh..ahakkkk =)

Jadi bila balik keja takda lain dah siapkan apa patut lepas tu mengadap buat pakej handtowel tu..Tangan dah macam sotong kurita la sebab masa tak cukup nak buat kan..Tapi takpa demi customer tercinta akak sanggup je dik..tapi tak boleh la selalu ye order last minit macam ni..matikkk makkkk..hahahaaha

Itu je luahan hati dan perasaan di hari jumaat ni.. dengan harapan semua order dapat disiapkan dalam bulan ni dan minggu depan ada masa akak update blog tercinta ini..banyak lagi blog yang dah ada dalam draft cuma belum sempat add picture..okes guys salam jumaat..