Assalamualaikum dan Salam Jumaat =)
Akak mintak maaf, memang tak sempat nak update blog..Sekarang memang tengah busy sebab last minit order pun kitaorang terpaksa ambik..tak boleh la bila customer merayu-rayu nak selitkan order ni..rasa bersalah dan kesian bila keaadaan macam tu.. Jadi akak gigih kena siapkan order kilat tu.
Akak ada mention kalau nak order memang kena 2 bulan awal dari tarikh wedding. Tapi bila customer bagi alasan, alaaa...kak, saya baru je follow page akak kat instagram atau baru je like page akak kat facebook macam mana saya nak order awal kak..speechless akak dik..suka tau buat akak rasa tersentuh..ahakkkk =)
Jadi bila balik keja takda lain dah siapkan apa patut lepas tu mengadap buat pakej handtowel tu..Tangan dah macam sotong kurita la sebab masa tak cukup nak buat kan..Tapi takpa demi customer tercinta akak sanggup je dik..tapi tak boleh la selalu ye order last minit macam ni..matikkk makkkk..hahahaaha
Itu je luahan hati dan perasaan di hari jumaat ni.. dengan harapan semua order dapat disiapkan dalam bulan ni dan minggu depan ada masa akak update blog tercinta ini..banyak lagi blog yang dah ada dalam draft cuma belum sempat add picture..okes guys salam jumaat..
No comments:
Post a Comment