Wednesday 11 May 2016

Diberi betis hendak paha

Assalamualaikum semua =)
 
Korang pernah dengar tak peribahasa ni? Diberi betis hendak paha. Tajuk blog ni sedikit 'deep' sebab akak nak luahkan perasaan macam mana perasaan seorang penjual bila berdepan dengan orang yang macam ni. Sebelum ada yang tanya apa maksud peribahasa ni, akak dah siap google sebab nak bagi korang lagi faham =)

Peribahasa

Diberi betis hendak paha

Takrif

Diberi sedikit, lalu hendak minta banyak. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Dibenarkan duduk di serambi, hendak bermaharajalela di tengah rumah, b. Seperti Belanda minta tanah)

Bila kita niat berniaga nak tolong orang, macam lain pulak jadinya. takpe, pasrah.(krik krik) okey macam ni ceritanya, seorang customer akak ni nak order handtowel sahaja dalam 150pcs kuantiti tapi punya la banyak nak free. postage nak free, lepas tu mintak diskaun, dah bagi diskaun tanya pulak ada free gift ke tak? adoiii...sakit kepala kot layan customer macam ni. bukan kita taknak bagi, tapi bila order kuantiti yang sikit berape je untung kita dapat. nak bagi free postage, free gift lagi dimintaknya. last-last kira balik memang rugi ada la..pos bukan main nak pos laju sebab nak cepat. mati makkkk..
 
sekian,
 





 

1 comment: